Assalamulaikum..
Tahukah anda setiap manusia dimuka bumi ini mempunyai tugasan yang diberikan oleh Sang Pencipta?
Pernahkan anda terfikir mengapa manusia dicipta oleh ALLAH S.W.T?
Jawapannya hanya satu yakni menjadi khalifah didunia ini..
Tapi bagaimana??
Caranya ialah mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya..
Bunyi seperti mudah bukan?
Namun jangan lupa dunia ini penuh dengan penipuan dan godaan.
Maka sangatlah penting jika kita sesama saudara Islam ini berkongsi ilmu ALLAH ini.
Kami bukan berlagak alim atau sempurna cuma mahu saling ingat-mengingat sesama muslim
seperti yang tercatat dalam surah AL-ASR YANG bermaksud:
1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.
Semoga kandungan dalam blog ini memberi sedikit pengetahuan tentang kebesaran ALLAH S.W.T..
Sama-samalah kita berkongsi ilmu ALLAH yang tidak ternilai..
Salam Ukhuwah daripada kami..
